logo

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | -

Selera

2008.04.17 Thursday

Lama dah mama tak menghias makanan untuk Adik dan Along. Sibuk memanjang.. dah tak sempat nak hias.

Dua tiga hari ni Adik kurang selera makan. Sarapan tak nak makan. Makanan yang dia bawa gi tadika pun tak habis dimakan. So hari ni mama hiaslah sikit makanan dia. Susun dalam bekas cantik-cantik dan sediakan dessert sekali kat dalam bekas tu.
Bila tengok mama buat macam ni.. habis dimakannya.. tak payah nak paksa-paksa lagi dah.

kereta
licin........

Sekolah pagi

2008.03.19 Wednesday

Adik dah start sekolah seisi pagi hari isnin lepas. Masuk hari ni dah 3 hari dia dah sekolah pagi. Katanya dia seronok dengan sekolah pagi berbanding dengan petang walaupun dia mengadu perkara yg cikgu ajar lebih susah dari sekolah petang.

Memang tu lah sifat Adik, yang susah tu lah yg dia suka.. kalau cikgu ajar yang senang-senang ni dia mudah cepat boring.. mungkin tak mencabar kot..

Sekarang ni dia suka sgt jawab soalan-soalan kat website ni . Soalan-soalan untuk tahun 1. Bila dapat markah tinggi dia rasa seronok sangat. Mama join program tu sebenarnya untuk Along tapi dia pula yang terlebih excited dan terlebih rajin. Padahal kat dlm website tu takde pun untuk budak-budak tadika macam dia.. so terpaksalah dia buat soalan-soalan untuk budak-budak tahun 1.

Good News!

2008.03.07 Friday

Tadi cikgu Adik bagitau, lepas cuti sekolah nanti Adik kena join kelas pagi. Kelas pagi ni sebenarnya untuk student yg masuk tadika dari umur 4 atau 5 tahun lagi. Kira kelas untuk student yang dah pandai. Kelas petang pula hanya untuk student yg baru belajar di tadika.

Syukur sangat, walaupun baru 3 bulan belajar dengan BM yang lemah dan BI yg tak tahu apa. Sekarang dia dah lebih ke depan berbanding dengan budak2 lain yang sekelas dengannya. Cikgu kata tadi Adik dah tak sesuai belajar sekali dengan student lain yg masih slow.. so kena pindah ke kelas pagi.

Sebenarnya good news juga utk mama.... lepas ni mama tak payah nak bergaduh dengan Adik lagi untuk ke pasar atau econsave. Dia memang tak suka kalau mama bawa dia gi pasar .. sebab nampak kotorlah.. busuklah.. macam2.. Kalau kata nak gi shopping kat supermarket yg takde barang-barang basah ni sukalah dia.

Dia lebih rela tinggal sorang-sorang kat rumah dari ikut mama. Tapi mana boleh tinggal.. Adik masih kecil. Kalau terjadi apa-apa nanti mama juga yang menyesal tak sudah. Kekadang dia bagi idea suruh gi tinggal dia kat office papa. Lepas mama gi pasar, gi ambik dia semula kat office papa tu.. ish macam-macamlah anak dara mama sorang ni.

Ayaq

2007.12.13 Thursday

La ni setiap kali balik tadika ada saja benda baru yang Adik akan tanya dan bagitau.
Semalam dia tanya.
"Mama kenapa kat youchien air..panggil ayaq?"

Adik dah mula rasa pelik bila dengar orang kat sini panggil air tu ayaq. Pastu dia masih lagi sebut tadika tu youchien..
Kat tadika sekarang, dia dah mula berkawan. Dah main tukar-tukar minum air dengan kawan dia.. Dia kata kawan dia suka minum air dia sebab dia bawa air kosong. Kawan dia pulak bawa orange jus. Tapi mama rasa kawan dia tu suka minum air dia sebab rasa sejuk. Mama letak ketulan ais dalam suito Adik. Ketulan ais dalam suito tu tak cair sehinggalah Adik balik dari tadika. So air kat dalam suito tu sentiasa sejuk.

Papa gi kerja pun bawa suito. Ketulan ais yg dalam suito papa pun tak cair sehingga papa balik kerja.. kekadang sampai ke malam masih ada lagi ketulan ais kat dalam suito tu. Memang berbaloi betul beli suito jenis tu. Tambah-tambah kat Malaysia ni cuacanya panas. Selalu nak minum air yg sejuk.

Saya nama..

2007.12.07 Friday

" WATASHI NO NAMAE WA AINA DESU"
Adik dah mula belajar bahasa malaysia tapi di tukarnya bulat-bulat bahasa jepun ke bahasa Malaysia. Jadilah SAYA NAMA AINA.

Basikal

2007.12.04 Tuesday

"Adik dah ada basikal lah....."
Basikal antara yg mama janji nak beli utk Adik dan Along bila dah balik Malaysia.
Sekarang Adik dan Along dah dapat basikal baru. Adik warna pink dan Along warna biru.

basikal
ni basikal Adiklah

Aina no heya

2007.11.30 Friday

Sekarang ni Adik dah ada bilik sendiri. Macam-macam dia hias kat bilik dia.. Errr hias ke atau dia buat semak??

aina no heya
"ini bilik Adiklah..."

aina no heya
Aina no heya

Aina no heya (bilik Aina). Heheh Adik tulis rumi pun dalam bahasa jepun juga.. ni mesti sebab dia tak tahu lagi nak tulis perkataan BILIK.

Nama je ada bilik sendiri tapi masih tidur dengan mama. Dua malam dia try tidur bilik sendiri. Lepas tu dia dah tak mau. Mungkin jealous dengan Along sebab Along tak nak tidur bilik sendiri. Along jenis penakut sikit berbanding dengan Adik.. tak berani tidur sorang-sorang dalam biliknya.

Yume

2007.09.11 Tuesday

Pagi tadi, tiba-tiba semua dikejutkan dengan tangisan Adik yang kuat sangat. Bila papa pi kejutkan dia, dia tidur semula tapi masih nangis lagi. Dan bila mama pi kat dia, nangis pun abihlah.. Pastu sambung tidur semula.

Bila dia dah bangun tidur, mama tanya dia mimpi ke. Dia senyap je. Pastu papa pulak tanya dia dalam nihongo.. barulah dia jawab. Laaa.. rupanya dia tak faham apa makna MIMPI tu.. Bila sebut YUME baru dia tahu.

Petang tadi, lepas balik dari youchien dia ceritalah kat papa dalam nihongo tentang mimpi dia tu. Dia mimpi kodomo lain semua dapat stamp. Hanya dia sorang yang tak dapat. Sebab tu lah dia nangis.

Lamanya malam.. lambatnya esok..

2007.07.18 Wednesday

"Lamanya malam.. lambatnya esok.."

Itulah keluhan Adik sebelum tidur tadi.. tak sabar nak tunggu Along balik esok..

Karada

2007.06.11 Monday

Sekarang ni, Adik makin takut naik basikal. Bukan dia yang bawa sendiri. Dia hanya duduk kat belakang. Tambah kalau naik basikal turun bukit. Dia rela berjalan sorang-sorang tunggu bawah bukit dari naik basikal.

Semalam masa ikut mama gi shopping dengan basikal,dia kat belakang tanya
"Mama, kenapa karada(badan) Adik jadi takut?.."

Mama yg dengar soalan dia tu terus tersenyum.. tapi tak sempat nak jawab. Dia sendiri pula yg jawab.. "emm.. sebab Adik tak makan sayur".. Heheh apalah kaitan takut dengan sayur.

Minggu lepas, ada satu hari tu dia tertinggal origami yg dia buat kat youchien. Keesokkannya dia bawa baliklah apa yg dia tertinggal tu. Masa berjalan balik ke rumah tu, dia bersungguh-sungguh bercerita pasal origami dia yg tertinggal. Antara cerita dia hari tu yg buat mama nak tergelak.. lebih kurang ginilah ayat dia tu.. tapi dia cerita dalam bahasa jepun. Gini ler lebih kurang translatenye.

"Hari ni jangan lupa lagi. Kena bawa balik" . Lepas tu mama tanyalah sape yg pesan macam tu. Sensei ke yg bagitau. Apa yg dia jawab..

"Cigau..cigau ( bukan.. bukan). Karada Adiklah yang panggil"... heheh sekali lagi karada dia..
Dan Adik ni, apa yg org cakap, tanya atau suruh semua dia kata "panggil".
 1/5PAGES >>