Sepatutnya semalam dan hari ni Along ada pool kat youchien. Tapi terlupa. Hari ni baru pergi. Pool ni salah satu aktiviti sempena cuti musim panas. Tak diwajibkan. Jadi tak ramai yang pergi. Dengar cerita semalam lagi sikit berbanding dengan hari ini.
Tadi Along seronok sangat. Ni ler antara gambar yang sempat diambil. Mama terpaksa gi layan Adik. Adik pula bila lama menunggu Along mulalah meragam nak ajak balik.
- sensei sedang atur pelajar
- dengar arahan dari sensei
- masing-masing seronok je..