Hari ni sakkataikai(pertandingan bola sepak) antara 3 buah youchien. Sakkataikai ni di adakan di tepi sungai. Entah apa namanya lupalah tapi di Kamata.
Pagi-pagi lagi kami semua keluar rumah nak tengok Along main bola. Inilah kali pertama Along join sakkatakai sejak dia masuk sakka club. Sebelum ni dah 2 kali cosmo club anjurkan sakkataikai tapi takleh nak join. Selalu saja bertembung dengan aktiviti youchien.
Seronok juga tengok budak-budak main bola ni. 2 jam tak terasa lama.. Team C dr Midori youchien dapat tempat pertama tapi team Along kalah, dpt tempat terakhir. Lepas habis main tu, Along nangis sebab tak dapat hadiah. Mulalah dia mengamuk dan buat hal..
Bila Along nangis ni susahlah nak pujuk.. Tambah pula dengan lapar. Macam-macam kerenahlah. Nak makan tapi nak cepat. Ajak masuk kedai makan tak nak.. nanti lambat nak siap.. so papa belilah onigiri sebiji untuk dia kat kombini. Pastu makan kat luar kombini. Lepas dia dah makan tu, kami jalan-jalanlah cari kedai makan yang boleh dimakan. Adik pun dah mula lapar.. mama dan papa pun sama jugalah. Bila nak masuk kedai makan tu, dia nangislah pulak tak nak masuk.. sebab dia dah tak nak makan. Dah nangis tu macam biasalah.. susah sungguh nak pujuk... terpaksalah gi eki.. beli tiket balik..
Nasib baik Adik tak buat hal walaupun dia dah lapar. Dia faham kot dengan kerenah Alongnya tu.
first game
2nd. game
3rd. game.. kena jaga gol
4th. game
sempat lagi main tumbuk-tumbuk dgn kawannya tu..
throw in
ganbatte..
throw in lagi
5th. game
6th. game
result.. team A(midori youchien) tu lah group Along