logo

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | -

Dah darjah 1 laa..

2008.01.03 Thursday

Hari ni adalah hari pertama Along gi sekolah. Dua minggu pertama ni masih lagi orientasi. Lepas dua minggu nanti akan ada ujian. Ujian nanti untuk menentukan kelas. Buat sementara waktu ni Along di tempatkan dalam kelas 1 intelligent.

Hari pertama ni Along takde masalah cuma katanya dia lambat nak tulis huruf a,b,c.. Tak sempat siap lagi,cikgu dah suruh rehat. Waktu rehat tu, mama gi lah tengok dia makan macam mana dan juga harga makanan kat kantin. Masa mama sampai tu, dia tengah makan bento. Mama bagi dia pilihan sama ada nak abiskan bento atau nak gi beli makanan lain. Tujuannya mama nak ajar dia utk beli sendiri makanan. Bila dia tengok makanan yg dijual kat kantin tu, takde satu pun yang dia berkenan. Emm.. nampak gaya mama kena sediakan bento jugalah..

Lepas makan, walaupun waktu rehat tak abis lagi, dia cepat-cepat masuk kelas. Lepas tu sambung tulis a,b,c........ Semangat nampaknya anak mama ni.. Harap-harap Along jadi seorang anak student yg rajin.. Aminn...

Along
dah tahun 1 laaa..


Balik sekolah, lepas hantar Adik ke tadika, Along terus terlena atas sofa.. Letih sangat agaknya first day gi sekolah.

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

| - | -

Komen

lagi berani dari saya masa zaman dulu2 darjah 1. kakak saya kena tunggu sebelah sampai habis kelas, dia masa tu darjah 4... maluuu

|sayu | 2008/01/03 4:56 PM |

k.yani..along sekolah kat ner?? name sek tu..

|fida | 2008/01/03 5:26 PM |

Afiq,
belajar rajin-rajin mcm Mama & Papa Afiq ye.

buat bento apa untuk Afiq, Yani?

|lina | 2008/01/03 10:27 PM |

Tahniah along! wah, dah drjh 1 yee...kalau kak faridah kat msia mesti along anak kak faridah pun sama gak...tapi nmpknya thn depan ler along sek kat msia....sek kat mana?

|Kak Faridah | 2008/01/08 4:52 PM |

Sayu.. dia dah biasa sekolah.. tu yg dah tak takut.

Fida dan kak Faridah.. Along sekolah kat SK Saujana Indah.

Lina.. i dah x serajin macam kat Nihon.. buat bento simple je ..lagi pun bento dia bukan utk lunch.. tak macam masa kat Nihon.. kena sedia bento utk lunch.

|fendi family | 2008/01/13 9:46 PM |

Tulis Komen