logo

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | -

Chickenpox

2008.01.13 Sunday

Dah 3 hari Along kena chickenpox. Dari hari jumaat sehinggalah hari ni. Hari ni dah makin bertambah baik. Doktor bagi mc sehingga esok.

Esok nak kena bawa gi jumpa doktor lagi.. doktor nak tengok sama ada kena bagi mc lagi ke atau dah boleh gi sekolah. Kata doktor walaupun dah nampak kering dan hitam-hitam, masih ada virus yg boleh berjangkit pd orang lain.

Chickenpox yang Along dapat ni banyak pada bahagian leher ke kepala. Termasuklah bahagian muka. Hanya sikit-sikit pada bahagian badan ke bawah. Abih ler rosak muka anak mama ni.. nampak gaya kena gi beli ubat yg boleh hilangkan parut.

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

| - | -

Komen

hmm..tah mcmn bleh terbace kisah along n adik...sbenarnye tgh cari casestudy tuk assignment psl klinik..tp lain lak yg dpt..so tertarik jgk nak tau...ckp psal parut tue biasa ktorg kat umah nie pkai alor vera je...cepat jgk la hilang & berkesan..selain bleh mencerahkan kulit..hehehe..tp takde la cerah nye klo kulit tue sememang nye gelap..tak pun klo takde sapu je lidah buaya..lagi asli kan..tp kat sn mesti ade ubat yg sesuai punya..pe2 pun moga along cepat sembuh & bleh pg sekolah...gud luck..assalamuaalikum...

|najibah | 2008/01/14 10:39 AM |

Najibah.. pernah juga dgr org kata guna aloe vera boleh hilangkan parut.. tp kat rumah ni takdelah pulak.. lagipun kami baru pindah kat sini.. baru start nak menanam.. thanks bg idea.. lepas ni bleh cari pokok aloe vera pulak..

Masa gi klinik arihtu, doktor yg suggest beli ubat hilangkan parut ni kat farmasi.. kalau tak silap katanya sejenis vitamin e.. so nak try lah tanya kat famasi tu..

oh ya.. Najibah, kami sekarang ni dah kat Msia.. tentu farmasi kat tempat Najibah pun ada.. doktor tu kata, tanya kat farmasi ubat utk hilang parut chicken pox .. tentu dia org tahu.

|fendi family | 2008/01/14 11:35 AM |

masa kecik kena chicken pox, arwah Wan lina suruh gosok ngan kulit pisang bila semua parut tu dah kering (i.e. bila dah baik) utk hilangkan parut. berkesan ke tak, tak tau, sebab lepas tu banyak jerawat muahaha!!

cepat baik ye Afiq

|lina | 2008/01/15 10:26 PM |

assalamualaikum,

ooo..dah balik Malaysia ke? Dah lama saya tak datang ke blog ni sejak balik Malaysia. Bila dah balik Malaysia banyak sangat perkara yang nak disibukkan.
Bila baca entry yg lama-lama teringat masa saya mengajar kat Jepun.
Dulu masa saya di Jepun, saya ajar BM... Jadi blog Fendi Family ni jadi bahan untuk mengajar. Sebab masa tu Hiraishi sensei suka sangat blog ni. Dia selalu je baca blog ni. Tiap-tiap hari dia baca untuk tambahkan kosakata bm dia. Selalu la dia ikut perkembangan along dan adik.. rasa2 dalam setahun lebih laaa...tapi rupa-rupanya dah balik...ok tak Malaysia?

|Imran | 2008/01/15 11:15 PM |

ahaha.. kelakarlah Lina.. tak kan naik jerawat disebabkan kulit pisang tp mungkin jugakan kalau bg sape2 kulit yg tak sesuai.. depend pd org jugakan..

W'salam Imran..
oooppss terkejut sekejap... tulisan yg entah apa-apa dalam ni dijadikan bahan mengajar.. dgn bm yang berterabur... anyway terima kasih pd sedara Imran kerana sudi guna blog ni sebagai bahan mengajar...

emm dulu pernah juga org jepun tinggalkan komen dlm blog ni..mungkin Hiraishi sensei tu.. lupalah..

|fendi family | 2008/01/18 2:42 PM |

Tulis Komen