logo

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | -

Mottainai

2008.01.30 Wednesday

Semalam lepas hantar Along gi kelas KAFA, mama dan Adik gi shopping. Adik belum sihat sepenuhnya lagi tapi nak buat macam mana banyak barang kat rumah dah abis. Sampai kat pusat bandar tu, gate keretapi ditutup ler pula. Jenuh nak menunggu. Keretapi entah kat mana.. tak nampak kelibat lagi. Tapi gate tu dah tutup awal-awal.

Nak hilangkan bosan menunggu dalam kereta, mama sembang ler dengan Adik. Tanya Adik nak naik densha(keretapi) ke.. mana tahu rindu nak naik densha ke.. Maklum ler masa kat jepun dulu hampir setiap minggu naik densha. Apa dia jawab .." Tak nak. Densha kat Malaysia ni buruklah.." Pastu dia pula tanya mama.. kenapa kat Malaysia ni ada sampah merata-rata. Emm.. mama gitaulah sikap sebenar kebanyakkan orang Malaysia ni yg suka buang sampai merata-rata.. Dengan muka yg peliknya.. "ooo.. ni kena nyanyi lagu MOTTAINAI .." Pastu dia terus nyanyi lagu tu antara ingat dengan tidak lagu yg pernah dia nyanyi masa di midori youchien dulu.

Sampai sekarang, Along dangan Adik kalau nampak org buang sampai merata-rata dia rasa pelik.. nak nak masa naik kereta bila nampak kereta depan tu buang sampah dari dalam kereta.. mulalah dia sibuk tanya kenapa org tu buat gitu..

Pernah tu, masa gi kg wife kawan papa. Along tanya kenapa buang sampah kat tepi sungai. Nasib baik tanya dalam nihongo.. tuan rumah tak faham. Mula-mula sampai tu dia excited nak tengok sungai kat belakang rumah. Bila nampak sampah merata-rata dia dah mula rasa tak selesa. Langkah pun berhati-hati.. sambil angkat seluar dia.

Harap-harap Adik dan Along tak akan terikut dengan sikap orang Malaysia yang suka buang sampah merata-rata.

aina

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

| - | -

Komen

ehemmsss...tidak semua ORANG MALAYSIA bersikap begitu...jangan pukul rata... :-)

| | 2008/01/30 8:50 PM |

ye betul, tapi memang banyak yg tak makan saman juga. baguslah Afiq dan Aina dari kecil terdidik utk tak mencemar persekitaran.

|lina | 2008/01/30 9:32 PM |

Hi theree.. one of our team members suka sangat baca blog u.. especially baca tentang ragam anak2 u yg cuteee gileeee... rasanya post ni bebetul buat saya nak post.. its really good lah ur kids are trained to be independent and care pasal ape ni.. civic realization.. hope they will continue being like this!!

btw, i misssssss ur obento pictures lahh :(

|secretsaya | 2008/01/31 8:48 AM |

kepada yg x bernama... sorry kalau terasa dengan kata-kata saya tu. Sampah yg saya maksudkan tu tak semestinya yg besar2.. bg my kids benda yg kecil mana sekali pun dianggap sampah.. dia akan rasa pelik kalau kita kata buanglah kat mana2 kalau bukan di dalam tong sampah.. contohnya biji asam boi. Kalau sambil jalan2 tu dia org mkn asam boi.. biji tu dia org akan simpan masuk poket.. kalau kita kata buang je lah kat bawah.. i mean kat tepi2 jalan ke.. atas rumput ke.. dia org akan tanya balik dgn muka pelik.. err boleh ke buang kat sini.. dan banyak lagilah soalan yg dia orang akan tanya.
Hahaha.. i sendiri pun tak buat macam my kids.. dah terbiasa dgn persekitaran di Msia dr kecil lagi.. kalau sekadar biji asam boi tu.. lepas makan.. campak je kat mana2... kalau sambil drive tu, buka cermin sket.. pastu buang.. Tp sekarang ni, i seboleh2nya tak nak tunjuk sikap negatif tu pd my kids. Biar dia kekalkan sikap dia org tu.

Lina... kita tengoklah sampai bila dia orang boleh bertahan macam ni.. sebab budak2 ni kan mudah terikut-ikut.

secretsaya... thanks
Sebelum ni my kids dibesarkan dalam masyarakat yg kuat dgn disiplin. Bila balik Malaysia ni, nampak benda-benda yg tak sama macam di sana.. mulalah dia orang tanya itu ini.. naper tak gitu naper tak gini.. kadang2 letih juga nak melayan.

oppss gambar bento ke?... sekarang ni dah tak buat cantik-cantiklah.. makanan simple je... Kalau di jepun bento dia org utk lunch.. so makanan kena sesuai utk lunchlah.. Tapi kat Msia ni, waktu break bukan lunch hour.. kul 9.45pg dah rehat. Waktu ni my kid kata dia masih kenyang lagi.. so i sediakan yang simple, kekadang hanya biskut atau roti.

|fendi family | 2008/01/31 10:30 AM |

Bagusnya lah kan kalau sistem pendidikan kat Malaysia boleh terapkan budaya mcm ni dalam jiwa budak2 sejak dari tadika lagi. Sure Malaysia bersih punya! Kdg2 parents dah didik. Tp bila kebanyakan masyarakat tak amalkan, Budak2 sng terikut jugak kan.

Hmm kepada yang tak bernama tu tak perlulah terasa. Dah memang betul pun ramai yg xde kesedaran sivik mcm ni. Kalau awak pun tak buang sampah bagus lah. Mari kiter terapkan budaya ni kepada anak2, keluarga, kwn2 dan sebagainya :)

|Ina | 2008/01/31 12:52 PM |

Tulis Komen