logo

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | -

First time!

2008.01.31 Thursday

First time Along beli kat sekolah setelah hampir sebulan bersekolah. Inilah barang yang dia beli di koperasi sekolah semalam. 4 ketul pemadam dan 3 ekor itik untuk Adik. Dalam gambar ni hanya ada 3 ketul pemadam sebab seketul dia dah bawa gi sekolah hari ni.

pemadam
yg kawai tu untuk Adik

Excited dia balik bercerita pada mama sambil tunjuk barang yang dia beli dengan baki duit yang dia ada. Adik pun seronok sesangatlah sebab ada barang untuknya.
Baki duit yang dia bawa balik semalam 30 sen. Apa dia kata dengan duit 30 sen tu.. "kat sekolah Along duit ni boleh guna juga"... Hahaha excited pula tu gitau... mesti sebelum ni dia fikir hanya duit kertas yang boleh digunakan.

Dua tiga hari sebelum tu mama ajar dia gi beli barang sendiri di kedai runcit. Mama bagi duit kertas kat dia dan mama hanya tunggu dalam kereta. Kalau tak silap 2-3 kali mama buat macam ni... bagi duit kertas kat dia. Mungkin sebab tu ler dia fikir hanya duit kertas yg boleh digunakan.

Pemadam tu dia beli sampai 4 ketul. Katanya untuk main jentik dengan tangan. Kawan dia beli lagi banyak dari dia.

Hari ni entah apa pulaklah yang dibelinya.

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

| - | -

Komen

tak lupa dia pada adik dia ye... budak lelaki memang suka beli pemadam. buat main.
tahun depan turn Raimie pula borong pemadam

|lina | 2008/01/31 11:51 PM |

Tulis Komen