logo

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | -

4 tahun 9 bulan

2007.02.20 Tuesday

3 hari lepas umur Adik genap 4 tahun 9 bulan. Mama terlupa nak snap gambar pada hari tu. Lagipun Adik tak sihat.. kena influenza. Bergambar pun mesti tak ceria.

Semua kena influenza kecuali mama. Seminggu semuanya berkurung kat rumah. Alhamdulillah semalam dan hari ni semua dapat gi sekolah termasuklah papa. Semuanya dah sihat.

4 tahun 9 bulan
Adik dah ceria


Lepas demam ni Adik makin manja pulak jadinya. Semua benda nak suruh mama buat.. Kekadang minta tolong Along buatkan.

4 tahun 8 bulan

2007.01.17 Wednesday

Hari ni umur Adik genap 4 tahun 8 bulan daa.. Masuk semester baru sekolah ni semua nak suruh mama buat. Bangun pagi nak mama angkat.. mandi nak mama tolong mandikan. Makan nak bersuap. Tidur pun nak kena peluk mama dulu baru lena...

Alahai makin menjadi-jadi pulak perangai anak mama ni..

4 tahun 8 bulan
"ittekimasu.."

4 tahun 7 bulan

2006.12.17 Sunday

Salah satu sifat Adik yang berbeza dengan Along adalah selamba. Tak mudah gelabah.
Jumaat lepas mama terlupa bawa uwabaki(kasut pakai kat dalam youchien) dia dan Along masa pergi sport club. Dah sampai kat youchien baru teringat. Adik dengan selamba kata "daijoubu yo mama..." sambil naik tingkat 3 untuk aktiviti sport club tu. Tapi Along mula gelabah nak ikut juga mama balik ambik. Suruh tunggu kat youchien, macam-macam alasan yang dia bagi. Sebenarnya dia takut ada orang tanya dia naper tak pakai uwabaki.

Hari ni umur Adik dah genap 4 tahun 7 bulan.

4 tahun 7 bulan
wajah selamba

4 tahun 6 bulan

2006.11.20 Monday

Sepanjang minggu lepas mama sibuk sangat. Sejak Adik dan Along masuk sport club, makin bertambah kerja-kerja mama. Gambar hanya sempat ambik tapi tak sempat nak letak entry kat sini.

Ni gambar Adik pada 17hb. lepas. Usia Adik dah genap 4 tahun setengah.
4 tahun setengah

4 tahun 5 bulan

2006.10.17 Tuesday

Hari ni usia Adik genap 4 tahun 5 bulan. Dah hampir 6 bulan Adik belajar di youchien. Dah makin banyak yang dia belajar. Berbeza dengan sifat Along, Along jenis yang pemalu. Bercakap dengan sensei pun perlahan. Ucap sayounara kat sensei pun antara dengar dengan tidak.

Tapi Adik sebaliknya. Suara punyalah kuat. Kalau dalam kelas, apa saja yang dia tak boleh buat, cepat je dia minta tolong dari sensei. Apa yang dia tak tahu, dia akan tanya pada sensei. Tapi hanya dengan sensei kelas dia je la.. kalau sensei kelas lain tegur dia buat muka masam je.. kecuali dengan sensei kelas Along dan juga sensei bekas kelas Along semasa nenshou dulu. Ish.. puas mama dan papa tegur dia, tapi dia tetap buat muka masam.. ムニョムニョ

Dari segi kenakalan Adik lagi nakal dari Along. Kalau bawa dia gi shopping kena sentiasa perhatikan dia.. tangan dia suka sangat sentuh barang.. kalau buah tu ditekan-tekannya. Err.. punyalah mama risau. Tapi kalau bawa Along gi shopping dia akan ikut je.. cuma yang tak tahan dia minta beli barang untuk dia dulu. Baru mama boleh beli barang-barang lain.

4 tahun 5 bulan
4 tahun 5 bulan daa..

4 tahun 4 bulan

2006.09.24 Sunday

Sekarang ni mama dah tak macam dulu. Banyak benda yg nak kena buat. Sehingga terlupa nak update gambar terbaru Adik masa 17hb lepas untuk 4 tahun 4 bulan.

Sehingga hari ni Adik dah makin lancar baca tulisan hiragana dan katakana. Tapi bahasa melayu belum reti lagi. Hanya tahu A,B,C...Z saja. Kat tadika sekarang dah mahu makan bento dan dah mula berkawan dengan kawan sekelas dia.
4 tahun 4 bulan
gaya macam model...

4 tahun 3 bulan

2006.08.17 Thursday


4 tahun 3 bulan
4 tahun 3 bulan

4 tahun 2 bulan

2006.07.17 Monday

Usia Adik dah genap 4 tahun 2 bulan. Sekarang ni dia dah boleh membaca tulisan hiragana, katakana dan juga A,B, C,....Z. Menulis pun dah reti walaupun masih ada cara tulisannya yang tak betul.

Minat menulis semakin bertambah sejak dia tahu membaca. Terpaksa Along, mama atau papa melayan dia menulis. Hari-hari dia akan tanya pada mama, papa ataupun Along suka apa.. lepas tu dia akan tulis apa yang mama, papa atau along suka. Dah siap tulis tu, dia akan baca apa yang dia tulis. Kemudian sape yang dia panggil tu kena jawab "hait". Kalau tak jawab selagi tu lah dia akan panggil.

4 tahun 2 bulan
makin nakal..

4 tahun 1 bulan

2006.06.21 Wednesday

Mama lupa lagi nak ambik gambar Adik masa genap umur 4 tahun 1 bulan pada 17 Jun lepas. Ni gambar Adik yang mama rompak チョキ) dari Hanis fotopages yang ambik pada 18 Jun lepas.. Hanis jangan marah ye!. kalo nak marah jugak.. mai rumah ambik kek coklat.. heheh

Adik malu-malu sebab bukan mama yang snap gambar dia
4 tahun 1 bulan
4 tahun 1 bulan 1 hari

4 tahun

2006.05.17 Wednesday

"Happy birthday to Aina"

First time mama buat kek birthday untuk Adik. Kek birthday yang simple. Tapi Along yang menyibuk nak tiup. Mengalahkan Adik pulak.

4 tahun
4 tahun

4 tahun
Along yang beriya nak tiup lilin
<< 2/5PAGES >>